Sabtu, 26 Februari 2011

hakikat sebuah kehidupan

wahai manusia sesungguhnya dunia ini adalah tempat yang kacau
bukan tempat yang tenang,tempat berdukacita,bukan   tempat ber
gembira.Kerana itu,barangsiapa yang telah mengetahuinya,nescaya
tidak bergembira kerana kesenangan dan tidak bersedih kerana
kesusahan.ingatlah!Sesungguhnya Allah menciptakan dunia ini sebagai
tempat cubaan dan akhirat sebagai tempat pembalasan.Allah menjadikan
cubaan dunia untuk mendapatkan pahala di akhirat.Oleh itu,hati-hatilah
terhadap manisnya dunia,jangan terpedaya oleh kepahitan kerana ber
cerai dengannya,dan jauhilah kesenangan kerana kesenangannya tidak
menyenangkannya.
Ilmu adalah petunjuk bagi amal,faham adalah kunci bagi ilmu,akal
adalah pembimbing kepada kebaikan.hawa nafsu adalah kenderaan
bagi dosa,harta adalah pakaian orang yang sombong dan dunia adalah
pasarnya akhirat.
Allah berfirman.......Wahai anak Adam,tumpukan tenagamu untuk beribadah kepadaKu,nescaya
hati kamu akan aku penuhi dengan kecukupan,kedua tangan kamu akan Aku penuhi
dengan rezeki.Wahai anak Adam,janganlah kamu semuanya menjauhi dariKu,nescaya
akan Aku penuhi hatimu dengan kefakiran.dan aku penuhi kedua tanganmu dengan
kesibukan.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan